Mutiara Hati

Bismillahirrahmanirrahim.Dengan nama ALLAH  yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabiin dan semua umat Islam.

Di kesempatan ini, bersyukur saya sebagai hamba yang lemah ini atas segala keizinan-NYA memberi saya kelapangan untuk mebuat sedikit coretan yang tak seberapa.

Buat pertama kali coretan ini, ALLAH teleh menggerakkan hati saya untuk berkongsi idea tentang sebuah kisah ‘Mutiara Hati’. Mungkin ada dikalangan kalian menonton kisah tersebut……..Kekadang ia hanyalah sebuah cerita yang direka oleh manusia atas keizinan ALLAH, namun ia bisa memberikan impak yang besar malah keinsafan dalam diri seseorang.Pelbagai cara Alllah akan campakkan NUR & HIDAYAH terhadap seseorang. Sesekali ia datang dengan kesulitan, kepayahan atau kekusutan yang pada mata kita hamba yang lemah ini hanya  masalah atau musibah, tetapi percayalah dengan teguhnya bahawa jika Allah cinta dan kasih seseorang hamba itu pasti kita akan diuji dengan ujian-ujiian dariNYA  yang kita tak terduga.

Ketabahan serta keimanan yang teguh yang dibawa oleh Arini menunjukkan beliau adalah seorng hamba Allah yang benar-benar beriman dan yakin dengan kekuasaan Allah. Dalam kisah tersebut, Arini telah menjadi mangsa lakonan dua penjahat;
Susan dan Salma. Arini dihukum  dan telah dipenjarakan. Tidak cukup dengan ujian tersebut, Allah Menguji lagi keimanan Arini dengan kezaliman yang dilakukan oleh kaum musyrikin iaitu penghuni  di dalam penjara tersebut.

Pelbagai adegan yang dilakukan oleh kaum musyrikin itu bagi melemahkan keimanan Arini pada Allah, namun Arini masih lagi tegar tanpa menunjukkan sedikitpun ketakutan.Bayangkan ketika solat, mereka masih lagi mampu melakukan kejahatan….dijirusnya air berbaldi-baldi pada Arini, namun Arini masih khusyuk beribadat. Allah memberi kejayaan pada Arini berkat kesabarannya  atas izin Ilahi, kesemua orang musyrik itu memeluk Islam. Setakat ini dulu buat kali ini, ada masa dan peluang atas keizinan-NYA, kita bersua kembali………Insya Allah..Wassalam

One Response to “Mutiara Hati”

  1. nur sara Says:

    umi,sara ikuti cerita ni gak…bes sgt… :)

Leave a Reply