March 14th, 2007 by ummijun
Assalamualaikum…..semua
Ari ni ade kesempatan untuk share something ngan korang…
Ha… now kecoh satu Malaysia duk discuss pasal result SPM. Maner2 jer…biaserlakan as one of current issue.
So untuk yg berjaya dgn byk A tu congrats la. Yang tak dapat byk A pun you all dah berjaya.Our journey still wide & long there…SPM just a ticket to choose which field we will be later.
Now, need to grab upcoming chances and all opportunities overthere by choosing right steps..
Well I’m not going to discuss about the path after SPM, but our focus on other things coz of SPM.. totally percentage to get involve on other things which actually more important were declining…You get me or not?
Ok…..mudah ceritanyer…mak bapak sibuk ngan hal pelajaran anak2,kecemerlangan exam, best student, nak pecah rekod la, macam2 la lagi…..,,tapi ramai tak yang fikir, anak aku ni pandai tak solat, dah khatam ke Quran? Tak ramai kan……..
Semua sibuk ngan tuisyen cni,cna…cari cikgu yang bagus2. Sampai keletihan budak2.Ada tak mak ayah sibuk2 cari guru agama yg bagus2 untuk anak diorang…?tak der kan.. Klu ader pun…masyarakat kita ni seme akan cakap aper…"kelakar la, orang cari cikgu..dier cari ustaz lak." Itulah realitinya masyarakat kita…
Sedangkan..aper benda yang kekal yg perlu kita ader untuk menuju akhirat? Cukup ker ngan SPM 17A1 tu? PMR 9A?…fikir2kanlah
Di sini, bukan sayer bermaksud jangan ambil perhatian tentang hal pelajaran, tapi biarlah seiring antara dunia & akhirat sebagaimana konsep wasatiah dalam Islam.
ok…lah…korang2 yang baca blog ni, sudi-sudikanlah beri komen anda…….
wassalam
Posted in Uncategorized | No Comments »
February 28th, 2007 by ummijun
Assalamualaikum……
Saya raser nak sambung balik discussion pasal sikap tegur-menegur.Ari tu, saya kongsi pasal kenapa masyarakat kita ni susah nak bersikap sedemikian. Ha, ari ni saya nak kongsi macam mana nak menyemai, memupuk sikap ni dalam masyarakat kita.
Aper yang korang raser yang perlu la untuk pupuk sikap ni?
EMmmmm…….ok, firstly we must realize that we are muslim…..
Ha…..klu dah orang Islam, kita semua bersaudara. Bila dah bersaudara, kita pasti sama2 bertangungjawab atas persekitaran & masyarakat kita.Apa yang berlaku di sekeliling kita adalah menjadi kewajipan kita untuk mengambil sikap ambil cakna tentang permasalahan sosial yang wujud.
Terkadang kita tersilap. Kita hanya ingin ambil cakna tentang hal yang besar…..@ global.Tapi masalah yang berlaku di sebelah rumah kita sendiri pun kita tak tahu.Ha…baru2 ni,kawan saya..jiran depan rumah dia meninggal pun tahu.Sampai dah siap kebumi baru tahu. Kat sini, siapa yang harus dipersalahkan? Si jiran @ keluarga si mati? Mungkin keluarga si mati yang tak bagitau @ si jiran tu yang tak concern hal masyarakat?Kalau nak dipersoalkan, tak tau bila dapat jawapan yang tepat.Masing2 sibuk menuding jari sesama sendiri.
Di sini, kita nampak satu masalah dalaman kita sendiri, iaitu sikap.Sikap tidak bertanggungjawab..dan suka tuding-menuding.
Berbalik tentang hal nak menyemai tegur-menegur ni, kita mesti ingat, kita semua bersaudara, kalau tak menunaikan tanggungjawab ni kita sebenarnya tak lepas tanggungjawab sebagai muslim……hal ini akan dipersoal pada diri kita diakhirat nanti!..
Posted in Uncategorized | No Comments »
February 27th, 2007 by ummijun
Alhamdulillah……kali ke-2 ini, saya ingin berkongsi cerita tentang hal tegur-menegur dikalangan masyarakat kita sekarang ni.Masyarakat kita sekarang ni, beribu2 jenis macam perangai yang sukar untuk ditafsir.Setengahnyer nampak nyer macam baik, tapi bila dah kenal, ai unable to desccribe lak……..So that`s why ah kita kena ader sikap sebegini dalam masyarakat kita.
Sekarang ni, susah benar orng kita nak tegur salah silap orng lain.Hal ini kerana, dalam diri diorng ni dah ader mind set.Tau tak aper?Biasernyer mende2 macam kat bawah ni la:
1. Wart aper nak sibuk2 kan dier ader family[mak,ayah,abang,kakak]
2.Alah, bukannyer kita ni baik sangat,bukan ustaz, skang nak tegur orang lak,
tak payah la…….
3.Em…..nanti kena title suka jaga tepi kain orng lak!
4.Boleh ke dier terima teguran kita? kita ni orang bawahan jer…
5.Nanti kan dier marah pulak………..
ha, macam tu lah sebahagian dari alasan masyarakat kita.betul tak? kalau betul,cuba sama2 kita ubah.
Posted in Uncategorized | No Comments »
February 11th, 2007 by ummijun
Bismillahirrahmanirrahim.Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabiin dan semua umat Islam.
Di kesempatan ini, bersyukur saya sebagai hamba yang lemah ini atas segala keizinan-NYA memberi saya kelapangan untuk mebuat sedikit coretan yang tak seberapa.
Buat pertama kali coretan ini, ALLAH teleh menggerakkan hati saya untuk berkongsi idea tentang sebuah kisah ‘Mutiara Hati’. Mungkin ada dikalangan kalian menonton kisah tersebut……..Kekadang ia hanyalah sebuah cerita yang direka oleh manusia atas keizinan ALLAH, namun ia bisa memberikan impak yang besar malah keinsafan dalam diri seseorang.Pelbagai cara Alllah akan campakkan NUR & HIDAYAH terhadap seseorang. Sesekali ia datang dengan kesulitan, kepayahan atau kekusutan yang pada mata kita hamba yang lemah ini hanya masalah atau musibah, tetapi percayalah dengan teguhnya bahawa jika Allah cinta dan kasih seseorang hamba itu pasti kita akan diuji dengan ujian-ujiian dariNYA yang kita tak terduga.
Ketabahan serta keimanan yang teguh yang dibawa oleh Arini menunjukkan beliau adalah seorng hamba Allah yang benar-benar beriman dan yakin dengan kekuasaan Allah. Dalam kisah tersebut, Arini telah menjadi mangsa lakonan dua penjahat;
Susan dan Salma. Arini dihukum dan telah dipenjarakan. Tidak cukup dengan ujian tersebut, Allah Menguji lagi keimanan Arini dengan kezaliman yang dilakukan oleh kaum musyrikin iaitu penghuni di dalam penjara tersebut.
Pelbagai adegan yang dilakukan oleh kaum musyrikin itu bagi melemahkan keimanan Arini pada Allah, namun Arini masih lagi tegar tanpa menunjukkan sedikitpun ketakutan.Bayangkan ketika solat, mereka masih lagi mampu melakukan kejahatan….dijirusnya air berbaldi-baldi pada Arini, namun Arini masih khusyuk beribadat. Allah memberi kejayaan pada Arini berkat kesabarannya atas izin Ilahi, kesemua orang musyrik itu memeluk Islam. Setakat ini dulu buat kali ini, ada masa dan peluang atas keizinan-NYA, kita bersua kembali………Insya Allah..Wassalam
Posted in Uncategorized | 1 Comment »